Pertandingan Mobile Legend Nadi E-Sukan Musim Ketiga Peringkat Negeri Perlis

2 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 1 November 2025, telah berlangsung Pertandingan Mobile Legend NADI E-Sukan Musim Ketiga Peringkat Negeri Perlis. Perlawanan E-Sport Mobile Legend ini berlangsung di NADI Kampung Surau pada jam 8:30 pagi sehingga 5:30 petang dan telah disertai seramai 5 orang peserta.

Perlawanan kali ini melibatkan 17 NADI di Perlis. Tujuan perlawanan E-Sport Mobile Legend dijalankan adalah untuk menyediakan platform praktikal untuk peserta mengasah kemahiran strategi, kerjasama berpasukan, penyelesaian masalah dan pemikiran kritis. Selain itu, memupuk semangat persaingan sihat dan motivasi untuk terus belajar. E-sukan ini juga memberi peluang laluan kerjaya sebagai pemain e-sukan kerana permainan sukan elektronik ini semakin berkembang maju. Jutaan terima kasih atas kesudian peserta yang menyertai dan menjayakan program ini dan Tahniah kepada para peserta yang telah menjuarai Perlawanan Akhir E-Sport Mobile Legend Peringkat Negeri Perlis dan yang kalah jangan berputus asa.

Dengan adanya permainan E-Sukan ini, golongan remaja dapat mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial yang negatif. Selain itu, permainan ini membuka peluang dan bidang kerjaya yang baru. Pertandingan ini juga diharap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali